Terms & Conditions
Terma & syarat tempahan Crèmorie
Version:
Sila baca semua terma di bawah sebelum membuat tempahan. Tandakan persetujuan anda di borang tempahan sebelum menyediakan mesej WhatsApp.
View original PDFPembayaran & slot tempahan
Selepas menerima payment details, sila teruskan pembayaran untuk secure slot anda. Kami tidak akan reserve slot tanpa pembayaran. Jika pembayaran ditangguhkan, slot mungkin akan diberikan kepada customer lain.
Decorations gift set
Semua decorations untuk gift set adalah random. Kami akan berikan ikut stock yang kami ada. Gambar yang diberikan adalah contoh sahaja. Tidak semestinya akan dapat 100% decorations yang sama.
Cake hiasan tidak boleh dimakan
Cake di tengah untuk gift set hanya sebagai deco. Tidak boleh makan. Kami akan bagi random ikut stock sedia ada.
Pertukaran tarikh
Tak dibenarkan untuk tukar tarikh selepas pembayaran dibuat. Walaupun tarikh yang ingin ditukar lambat lagi.
Pembatalan & bayaran balik
Pembatalan order tidak dibenarkan. Sebarang pembayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan kecuali duit penghataran (Lalamove) sahaja.
Penghantaran melalui Lalamove
Penghataran menggunakan Lalamove. Kami akan memastikan dessert anda dibungkus dengan selamat. Jika terdapat sebarang masalah ketika penghantaran, pihak kami tidak akan bertanggungjawab. Customer boleh refer kepada driver tersebut @ customer service Lalamove.
Anggaran waktu delivery
Anggaran timing sewaktu delivery tidak ditentukan oleh kami. Sebarang delay tidak ditentukan oleh kami. Customer boleh hubungi driver Lalamove untuk lebih lanjut.
Ketersediaan driver
Sekiranya tiada driver Lalamove yang menerima tempahan pada waktu yang diminta, penghantaran mungkin mengambil masa lebih lama. Kami akan cuba mendapatkan driver sebaik mungkin, namun tidak dapat menjamin waktu delivery yang tepat.
Sudah baca? Kembali ke borang tempahan untuk tandakan persetujuan anda.
Back to my orderJika halaman ini dibuka dalam tab baharu, tutup tab ini untuk kembali ke borang tanpa kehilangan pilihan anda.